Tuesday 1 May 2012

Dingin Salju Taiping

Kenangan indah yang akan dilupakan
Oleh : Presiden 2012

Bab 1

          Hari Sabtunya telah tiba, 28 April 2012, lawatan ke Taiping berjalan seperti yang dirancangkan antara sedar mahupun tidak. Kesulitan mengamit rasa melupakan segala. Jam menunjukkan 7.30 pagi namun bas belum lagi tiba. 

"Dimanakah bas?" monologku sendiri.

 Tiba-tibaku sedar, tiada siapakah membawa kamera untuk merakam detik-detik bermakna? Lantasku bertanya kepada semua alangkah kecewanya respon yang diberi. Dengan mengambil inisiatif sendiri, aku kembali ke asrama bersama teman setiaku saudara Aiman mencari sahabat karibku saudara Badrul bagi memohon simpatinya meminjamkanku kamera DSLRnya sementara. Aku bernasib baik.


Selang beberapa minit kemudian barulah muncul sebuah bas berwarna biru ditempah khas oleh pihak sekolah buat kami. Alhamdulillah terdetik dihatiku. Bergegas kami menaiki  bas tersebut. Alahai, walaupun sudah lambat namun masih ada lagi yang belum tiba. Kemudian baru mereka tiba dengan berlari-lari anak.

"Maaf bang, kami sakit perut."kata dua orang pengawas pusat sumber tingkatan dua tersebut.

Melihatkan keadaan mereka yang letih aku membiarkan mereka tidak didenda dan berkata, 

"mana tali leher?"

Mereka membalas,

"ada" lantas mengeluarkan tali leher dalam beg masing-masing lalu memakai tali leher itu baruku benarkan mereka masuk ke dalam bas.

Aku kira-kira semula, kali ini cukup sudah. Selesai doa dilafazkan, bas pun berjalan.

          Di dalam bas, aku terangkan kembali tentatif lawatan serta kumpulan masing-masing. Perjalanan ke Taiping tidak banyak hendak diceritakan. Aku hanya memerhatikan luar melihat keindahan ciptaanNya.



           Kira-kira satu jam tiga puluh minit kemudian, kami tiba di destinasi yang dituju, MRSM Taiping. Aku berpesan kepada semua agar menjaga tingkah-laku sebelum kami turun dari bas. Kehadiran kami disambut oleh tiga orang pengawas Pusat Sumber Pembelajaran (PPSP) dan salah seorang daripada mereka adalah presiden pusat sumber sendiri, saudara Akmal. Suara seorang perempuan membuat fikiranku mengagak bahawa dialah saudari Afiqah yang selama ini kuberurusan. Jangkaanku tidak tersasar. Malangnya, aku tidak berapa pasti siapakah pengawas pusat sumber perempuan seorang lagi. 


Kami dibawa ke dewan kuliah, tempat di mana kami akan memulakan salam perkenalan kami. Selesai bacaan doa, saudara Akmal, presiden PPSP memberikan ucapannya dengan baik sekali. Tiba pula giliranku mewakili semua. Aduh! Mahu tak mahu terpaksaku berbicara secara spontan. Walaupun agak tergagap-gagap, aku gagahkan diri berkata-kata. Aku ceritakan penemuanku tentang Pusat Sumber Bestari (PSB) yang baruku tahu setelahku selak-selak majalah-majalah sekolah yang lama dimamah usia. Kutub-Khatana nama pusat sumber pada mulanya. Kemudian, pihak PPSP dan kami, PPSB bertukar cenderahati. Selesai sudah bertukar tangan cenderahati masing-masing, kami disajikan dengan persembahan multimedia oleh pihak PPSP. Giliran pihak kami pun tiba, aku tersenyum sahaja membiarkan saudara Afuan Adli dan Saudara Ameer Ikhwan menguruskan hal tersebut. Aku baru diberitahu pada malam sebelumnya. Apa boleh buat. 'Pendrive'ku yang berisikan semua kerja PSB dan video jamuan tahun lepas rosak dijangkiti virus. Hilang begitu sahaja. Kerja saat-saat akhir saudara Afuan sahaja yang dapat dipersembahkan. Kebijaksanaan saudara Ameer berkata-kata menutup kelemahan sedia ada. Kami kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kumpulan seperti yang telah ditetapkan.


          Sambil-sambil berjalan menuju ke PSP, aku dan yang lain-lain berbual-bual bersama PPSP, bertanya-tanya merapatkan ukhwah. Tatkala melintasi papan kenyataan mereka, aku dan sahabat-sahabat yang lain diterangkan oleh Saudara Akmal perihal badan-badan di sekolahnya. Singgah kami sebentar di bangku yang tersedia dihadapan PPSP. Rancak juga perbualan kami berempat. Kemudian kami dijemput masuk ke PPSP oleh Saudara Akmal. Sungguh indah tersergam dihadapan mata! Penerangan demi penerangan disampaikan oleh Saudara Akmal. Kusyuk juga aku mendengar dibuatnya. Tidak lengkap rasanya penanda aras jika tidak melihat fail pengurusan mereka lantas aku memohon agar dibenarkanku melihat fail-fail pengurusan yang tersusun kemas. Permintaanku diterima. Setelah melihat bilik staf-staf PSP, aku dan lain-lain dibawa pula ke bilik mesyuarat guru Maresmart bersebelahan bilik staf PSP. Di situ, aku berjumpa semula dengan sahabatku, saudari Yong Sofia yang kukenal sewaktu program mata pelajaran fizik yang lalu.

"Kenapa tak bagitahu presiden?" tanyanya kepadaku.

Ketika program itu, aku langsung tidak memberitahunya bahawa aku adalah presiden pusat sumber di sekolah. 

"Saja..." jawabku bersahaja. Bagiku, kenal atas dasar jawatan bukanlah sesuatu yang indah.

"Nak tengok sangat kan PSP, tengoklah"katanya kepadaku mengenangkan permintaanku sewaktu program fizik tidak kesampaian. Aku tersenyum. Dia pun turut tersenyum.

"tak dapat tengok waktu program fizik, aku buat bench marking.haha.."desis hatiku sendiri lagi. 

Memang niat utamaku mengadakan lawatan ke Taiping adalah ingin memasuki pusat sumber mereka. Kemudian aku memberitahu kepada saudara Akmal bahawa aku kenalnya ketika program fizik dulu dan memperkenalkan saudara Aiman selaku naib presiden kepadanya. Aku berbual-bual sebentar bersama saudari Yong.


Selesai dengan itu, kami dibawa pula ke ruangan lain. Wow! Sungguh tak disangka! Apple semuanya! Terkedu lidahku dibuatnya melihatkan didalam bilik komputer yang dipenuhi dengan komputer berjenama Apple. Sebuah pun kami tidak memiliki jauh sekali melintasi jumlah yang mereka miliki. Hanya Dell dan HP temanku melaksanakan tugasan menggunakan Adobe Photoshop CS3 dan Vegas 7.

 "Cikgu, saya nak satu!" desisku sendiri. 

Aku meminta kebenaran menggunakan teknologi yang tinggi nilainya bagi pertontonkan blog PSB yang serba-serbi dalam pembinaan. Permintaanku yang ini juga diterima. 

" 'Spoting' juga presiden PSP" monologku sendiri lagi. 

Aku terangkan kembali apa yang kurang dengan menggunakan blog. Usai dengan blog, kami beralih pula ke bilik rujukan. Jika dibandingkan bilik rujukan dengan bilik redspot kami, bilik redspot kami jauh lebih kecil. Bilik rujukan mereka ibarat bilik APD kami, mungkin lebih besar lagi.

  
Aku kemudiannya dibawa ke kaunter PSP. Tiba-tiba datang saudari Afiqah dengan seronoknya bersama-sama saudara Ameer dan saudara Adli. Aku terpinga-pinga.

"Sejak bila pula nak ke Kota Ngah Ibrahim dan eko-pelajaran dengan PPSP. Setahu aku,cikgu tak bagi" kataku sendirian.

Saudara Ameer dan saudara Adli kata Cikgu Salwa dan Cikgu Hairulnizam bagi. Aku memerhatikan saudari Afiqah memujuk saudara Akmal agar meminta kebenaran dengan warden tanpa berkata apa-apa kerana keputusan bukan terletak kepadaku. Cikgu sebagai guru pengiring yang berkuasa. Kami seterusnya dibawa untuk menjamu makan pagi bagi mengisi perut kami yang sudah berbunyi-bunyi sejak tadi lagi. Enak rasanya jamuan yang disediakan. Karipap dan kopi memang sesuai buat kami semua. Agak kagum juga aku dengan pengurusan lawatan penanda aras PPSP. Walaupun dalam tentatif yang kubuat,  fikirku tidak mahu ada apa-apa jamuan kerana tidak mahu menyusahkan mereka tetapi mereka adakan juga. Terima kasih banyak-banyak. Bak kata pepatah, gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Haha...


Kemudian kami dibawa ke bilik persalinan untuk menukar pakaian. Kami sekali lagi berpecah mengikut permainan yang ingin kami mainkan. Perkara yang berlangsung selain daripada yang kuikuti tidak dapat kuceritakan. Aku dan saudara Aiman ke dewan MRSM yang kebetulannya sedang mengadakan perbentangan manifesto masing-masing untuk menjadi Badan Perwakilan Pelajar bagi bermain ping-pong bersama dua orang PPSP. Kedatangan kami mengamit perhatian namun kami buang jauh-jauh rasa malu bagi meneruskan juga permainan ping-pong yang amat kuminati. Sungguh. MRSM serba lengkap. Meja ping-pong pun bagus. Alangkah seronoknya kami jika ada meja seperti mereka walaupun sebuah namun kami hanya redha dengan kelengkapan yang kami miliki. Aku dan saudara Aiman memanas badan. Kemudian kami bertukar pasangan dengan PPSP akan tetapi alangkah kecewanya kami. Belum sempat kami panas badan sebenar-benarnya, kami telah dipanggil untuk pulang. Sedar tak sedar, jam telah menunjukkan 12.30 tengahari.

"Asyik sungguh bermain sampai tak ingat masa" kataku kepada saudara Aiman. Dia membalas tanda setuju.

Aku dan saudara Aiman bersalaman bersama-sama dengan PPSP. Kami amat berterima kasih kepada mereka.

 "Hebat juga mereka bermain"monologku.



Kami ke bilik persalinan semula untuk menukar pakaian. Aku lihat semua sudah berada di dalam bilik itu. Letih terpapar di muka masing-masing. Aku menukar pakaian. Aku mengajak sudara Aiman untuk ke dewan semula. Dapatlah sejukkan badan. Telefonku berdering. Cikgu Salwa menelefonku.

"Fazrul, ada di mana?"kata cikgu.

"Dalam perjalanan."balasku.

"Ok, cepat kita nak balik dah" kata cikgu dan perbualan kami terhenti.

Aku tiba di hadapan dewan tetapi tiada siapa lagi di sana lantas meminta saudara Aiman memanggil PPSB yang masih berada di dalam bilik persalinan untuk bergegas keluar. Aku masuk semula ke dalam dewan da berjumpa lagi dengan saudari Yong.

"Ni la kali terakhir jumpakan"katanya kepadaku.

Aku mengangguk tanda setuju. Mungkin ya atau mungkin tidak.

"Nak bergambar dengan aku tak?" tanyanya.

"Boleh je"balasku sambil tersenyum.

Dia meminta kawannya ambilkan. Kalau boleh aku ingin gambar itu ada bersamaku. Kemudian, kami berbual-bual lagi. Selepas itu, aku dan saudara Aiman berbual-bual pula dengan pemain ping-pong PPSP. Mereka bagai tidak percaya bahawa kami hanya wakil asrama semata-mata melihatkan prestasi permainan kami tadi.

"Kami biasa-biasa sahaja, wakil asrama..."kataku kepada mereka walhal aku dan saudara Aiman memang sebetul-betulnya wakil sekolah...hehe..seronoknya berahsia.

Aku dan saudara Aiman agak tidak biasa ketika main memandangkan pertama kali menjejakkan kaki dalam dewan tersebut. Mungkin lain kali corak permainan kami lebih baik. Kami dan mereka bertukar nombor. Mana tahu mungkin kami akan mengadakan pertandingan persahabatan ping-pong dengan mereka lagi lain kali. Kemudian aku mengajak presiden PPSP untuk bergambar bersama-sama sebagai kenang-kenangan. Dia bersetuju. Kami duduk bergambar dengan segala bagai 'posing' . hehe..sungguh melucukan.


         Selesai bergambar bersama, aku dan lain-lain melaungkan lagu 'Rouse Up' dengan penuh semangat. Entah....dari mana pula timbul semangat yang membuak-buak ini. Selesai dengan itu, kini terpaksalah kami menyampaikan salam tinggal buat teman-teman yang kami kenal walaupun baru berkenalan namun bagai 10 tahun lamanya telah berjumpa. Sukar untuk dilepaskan.


Sebelum menaiki bas, aku sempat lagi berbual-bual bersama saudari Yong dan saudara Akmal. Beberapa keping gambar juga diambil oleh PPSP sambil-sambil menunggu beberapa PPSB yang masih belum naik. Sayang seribu kali sayang. Aku tidak membawa lencana Pengawas Pusat Sumber Bestari kalau tidak mahu sahaja aku berikan kepada saudara Akmal dan saudari Yong.

"Apa boleh buat"sesalku sendiri.

Setelah semua naik, kami pun bertolak menuju destinasi seterusnya. Lambaian mereka dan kami mengiringi pemergian kami dari MRSM Taiping.

Bab 2

          Dalam bas aku mengingat semula peristiwa yang berlaku ketika program fizik. Bersama-sama dalam kumpulanku ialah saudari Awattif, saudari Yong, aku dan saudara 'L'. Banyak juga ilmu yang aku timba daripadanya. Masih segar dalam ingatan detik-detik ketika kuiz fizik diajukan. Bersungguh-sungguh benar kawanku saudara 'L' ingin memenangi kuiz itu. Aku hanya mampu menepuk dahi melihat telatahnya yang 'bersemangat'. Apa boleh buat. Satu 'batch' juga. Dalam bas juga baru aku sedari bahawa aku kurang berbicara dengan PPSP yang lain. Subahanallah. Aku telah melepaskan peluang menjalinkan hubungan silaturahim bersama mereka. Mungkin aku yang terlampau mengagumi PSP sehingga mengabaikan sekeliling. Kalau dikenangkan kembali, aku hanya bercakap dengan saudara Akmal, saudari Afiqah, saudari Yong, pemain-pemain ping-pong PPSP dan bendahari sedikit. Nampak benar aku kurang berkata-kata. Jika dibandingkan dengan lawatanku ke Melaka tahun lepas, di Melakalah aku lebih kerap bertanya dengan ramai (mungkin).Aku pun tak pasti. Maaf wahai teman-temanku kerana tak mampu berbicara bersama kalian semua. Di dalam bas tidak banyak perkara yang berlaku. Aku menagihkan semula duit lawatan sebanyak RM9 seorang sebagai wang makan tengahari.

"Kalau diikutkan, mereka hanya bayar seringgit jelah untuk lawatan. Sangat untung,"monologku sendiri.

Kami berhenti di Tesco Taiping untuk makan tengahari dan mengerjakan solat Zohor. Kami pengawas tingkatan 5 sepakat makan di tempat yang sama. Selesai makan, kami mencari tempat untuk solat dalam Tesco. Dalam masa mencari, terpandang pula aku kepada sebuah kerusi urut berbayar. Apa lagi, bergegas aku ke 'Rest 'N' Go' itu..hehe..

"darak"kataku sendiri sambil tersenyum gembira.

Meninggalkan sahabat-sahabatku, aku melabuhkan diri diatas kerusi kulit itu. Zupp..pantas duit seringgitku ditarik dek kerusi itu. Maka bermulalah sesi urutku hehe..

"kecil-kecil dah sakit tulang  belakang ke dek?"tanya mak cik yang ada berdekatanku.

"tak adalah mak cik, saja cuba" balasku sambil menghadiahkannya senyuman ikhlas. Senyumanku berbalas.

Oh..sungguh melegakan. Bagai dicas semula. Aku bangkit meninggalkan kerusi itu selepas selesai 3 minitku. Alamak! Lupa pula objektif utamaku untuk mencari tempat bagi membolehkanku mengadapNya. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Penuh dan sesak. Itu sahaja yang dapatku katakan. Mahu tak mahu terpaksa aku menunggu giliranku. Usai mengerjakan tanggungjawab, aku mengambil kesempatan menghabiskan sisa-sisa masa yang tinggal sebelum perlu menaiki bas semula dengan bersiar-siar sekitar dalam Tesco. Aku terpandang sebuah kedai roti. Dapurnya berdindingkan kaca. Terbuka untuk tontonan umum. Aku memerhatikan seorang kakak sedang menyediakan roti berinti sosej. Kagum aku melihat kemahirannya. Aku terpaksa mengalihkan pandanganku daripadanya setiap kali dia memandangku.

"Aduh! Ingat nak tengok dia ke? Tengok buat roti jelah"desisku sendiri.

Bukan dia tak cantik tapi memang aku ingin lihat roti itu disediakan sahaja. Aku masuk ke kedai tersebut lantas mencari roti tersebut dan membelinya. Riang hatiku. Timbul pula masalah lain..mana jalan keluar!!

"Alahai, takkan sesat kot..."resah diriku.

Putus akal aku dibuatnya. Aku pun gunakan sahaja laluan kebakaran. Janji keluar..haha..segan..segan..Sempat aku tiba di dalam bas sebelum jam 2.30 petang seperti yang telah dijanjikan. Kukira semula bilangan PPSB. Ada lagi lambat daripada aku rupanya. Dua orang sahabatku berlari ke arah bas.Ish..ish..ish..sesat juga ke apa..Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kota Ngah Ibrahim. Dalam perjalanan, pemandu bas memasang cerita 'Battleship'. Aku kurang meminati cerita berbahasa Inggeris. Padaku pasang dengan tidak sama sahaja.

Bab 3

          Masa berlalu begitu pantas. Belum sempat penatku habis, dah sampai ke Kota Ngah Ibrahim.

"Ok, turun ambil gambar sama-sama dahla....lepas tu balik"kataku berjenaka. Jenakaku disambut ketawa kecil segelintir PPSB.


Besar juga rumah Ngah Ibrahim. Aku amati sekeliling. Ada juga rumah Kapten Speedy, tembok pengawal dan sebagainya. Kami masuk ke dalam 'muzium' tersebut. Untuk masuk, kami tak perlu bayar. Apa lagi, buat macam rumah sendirilah! Haha.. Dalam rumah Ngah Ibrahim terdapat banyak khazanah yang tersimpan antaranya baju besi orang Bugis, bahagian penjajahan Jepun dan sebagainya.


          Tanda 'JANGAN SENTUH' diletakkan di atas meja tentera patung Jepun. Mulalah perangai 9gagku. Penjajah harus dihukum! hehe..malas nak cerita (MT buat perangai..teruk..teruk..hehe..). Hanya Allah dan segelintir PPSB sahaja yang tahu. Lupakan sahaja kisah tadi. Seterusnya , aku naik ke tingkat dua. Di sini, aku perhatikan pula PPSB yang lain membuat perangai 9gag mereka. Masyallah..aku ingatkan aku seorang yang terlebih gembira,rupa-rupanya ramai lagi. Aduh! Biar sahajalah mereka. Tapi jenaka mereka ketahuan kelak memandangkan CCTV memerhatikan mereka. Alhamdulillah, ketika waktu aku, tempat tersebut tiada 'pemerhati'.hehe..


"Dah..dah," tegurku kepada mereka. "Ada CCTV kot," tambahku lagi.

Mereka terus tertawa keriangan. Banyak pameran yang dilarang sentuh, disentuh juga. Ish..ish..ish..jangan rosak sudah. Aku meneruskan eksporasiku. Kagum aku apabila melihat sebuah perisai berhiaskan khat. Bukan selaluku lihat, jarang sangat. Lantasku menyuruh seorang PPSB untuk mengambil gambar tersebut. Kaya rupanya insan yang bernama Ngah Ibrahim. Kemudian, Cikgu Salwa meminjamkanku sebuah kamera digitalnya memandangkan aku teringin benar mengambil gambar. Dah suka ambil gambar nak buat macam manakan? Lepas itu, aku ke pameran yang baru diadakan iaitu pameran bunga raya. Di sinilah bermulanya 'kerjaya'ku sebagai 'photographer' yang sangat 'berjaya'. Sempat juga aku mengambil gambar sahabatku saudara Luqmanul Hakim yang berdiri bersebelahan patung.

"hitamnya muka"terdetik dalam hati, terkejutku pertama kali melihat patung tersebut.


Aku singgah ke tempat beradu Ngah Ibrahim. Alangkah selesanya..hehe...Tiba-tiba aku dikejutkan dengan 'siren' kehadiran tetamu lain yang tak diundang.

"Baru sahaja nak bersenang-senang sikit, ada sahaja yang datang mengacau keseronokan"desisku sendiri.

Bergegas aku turun daripada tingkat dua dengan segeranya.

"Siapa pula yang datang ni?'soalku sendirian melihatkan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan yang kusendiri tidak pasti.

          Ada maklumat yang sampai kepadaku mengatakan SESERI dan ada kata SSP. Apa-apa pun yang pasti masa lawatanku sudah berakhir. Segera aku menyarungkan kembali kasutku dan keluar daripada rumah Ngah Ibrahim. Namun hatiku belum puas memerhatikan sekeliling lantas pergi ke beberapa tempat bersama sahabat-sahabatku. Sempatku bergambar dengan tugu peringatan yang dibina pada zaman Jepun. Singgah sebentar di makan Ngah Ibrahim. Kemudian, aku keluar daripada Kota Ngah Ibrahim. Baruku tahu siapakah tetamu yang hadir selepas kami melihatkan bas mereka.


 "Mereka rupanya.."kataku dalam hati.

          Ada juga PPSB yang bergambar dengan bas itu. Entah la...perangai masing-masing tak mampu dijangka. Biarlah semua bergembira. Selesai dengan Kota Ngah Ibrahim kami menuju ke destinasi terakhir.

Bab 4

                  Sekejap sahaja rasanya perjalanan kami ke Eko-Pelajaran Paya Bakau Matang. Tak sempatku melelapkan mata walaupun untuk seketika. Kami turun daripada bas dan bergambar di hadapan papan kenyataan. Kami mula berkira-kira sama ada ingin mengambil jalan jauh atau dekat. Aku ikut sahaja.


Kami pun memulakan perjalanan kami menusuri laluan yang disediakan. Sungguh hebat ciptaan Ilahi. Banyak yang baru kupelajari daripada pengamatanku terhadap sekeliling. Terdapat pelbagai jenis pokok paya bakau di sini. Ahlamdulillah bertambah lagi ilmuku. Aku amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu pengiring kerana sanggup meluangkan masa bersama kami walaupun sibuk dan walaupun pada hari itu merupakan hari perkahwinan Ustaz Firdaus namun mereka sanggup juga bersama-sama kami. Aku harap dengan mengikuti lawatan ini, cikgu-cikgu dapat merehatkan minda serta lari daripada masalah tugasan yang bertimbun memikirkan Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh yang bakal diadaka pada bulan lima ini. Tidak banyak peristiwa yang berlaku di sini. Masing-masing terpegun dengan keindahan alam sekitar yang menawan. 


          Aku pun tidak menyangka bahawa para-pelajar STAR berasa seronok juga melihat flora. Pada fikiranku, mereka hanya sukakan tempat-tempat seperti kompleks membeli-belah dan sebagainya namun kali ini jangkaanku tersasar jauh. Ternyata gembira juga memerhatikan sesuatu yang baru dalam hidup mereka mungkin.


Sedar tak sedar, sudah sampai rupanya kami. Perjalanan jauh bagai tak terasa jauhnya. Kami menunggu bas di jeti. Sambil-sambil itu ada juga yang mengambil kesempatan dengan menaiki bot. Maklumlah bukan pernah mencuba pun. Aku hanya memerhati daripada atas bersama-sama saudara Aiman dan saudara Zaki.

"Weih, elok-elok, terbalik bot tu nanti,"kataku kepada mereka sebagai pesanan.


Masing-masing kelihatan gembira sahaja. Tiada yang bermuka masam. Lawatan ini walaupun dekat tetapi mungkin yang terbaik kami alami. Perjalanan pulang dinantikan kami. Ketika menuju keluar 'eco-park', bas kami berselisih dengan bas itu lagi. Mungkin ke tempat kami lawati tadi.

"Mereka ini ikut kita ke apa?,"soalku.

"Entah,"jawab rakanku ringkas. Dia juga tidak berapa pasti.

             Dalam perjalanan pulang, kami disajikan dengan tontonan cerita Suatu Malam Kubur Berasap. Bosan. Noktahku disitu. Aku tertidur dalam bas. Penat yang amat sangat. Tiba sahaja di STAR, kami mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Salwa dan Cikgu Hairulnizam dan aku berpesan kepada mereka supaya kutip semula sampah dalam bas yang mereka buang. Lawatan kami berakhir disitu. Walaupun penat, aku berasa sungguh gembira. Inilah memori indah kedua yang kukutip untuk tatapan masa hadapan. Sungguh. Pengalaman ketika di bangku sekolahlah yang bakal mencuit hati, mengamit rasa bahagia kelak.
Maaf andai kata aku tersilap kata tersalah bicara. Sekian ^_^

Tamat